PalestinSemasa

Pemuda Palestin terbunuh akibat ditembak Israel di Jenin

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

JENIN: Hamad Mustafa Abu Jelda, 24, meninggal dunia malam Ahad, selepas kritikal ditembak tentera Israel ketika serbuan rejim tersebut di Jenin, utara Tebing Barat yang diduduki Selasa lalu.

Selepas Hamad disahkan meninggalkan dunia, ratusan rakyat Palestin telah mengadakan perarakan pengebumian untuknya.

Mereka berarak merentasi bandar sambil menjerit slogan mengecam jenayah Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin

Hamad merupakan seorang bekas banduan di penjara Israel, dia telah menghabiskan hampir 3 tahun hidupnya di penjara Israel.

Dia yang baru sahaja berkahwin dan dijangka bayi pertamanya akan dilahirkan tidak lama lagi.

Hamad merupakan seorang daripada puluhan yang cedera akibat ditembak oleh Israel dalam serangan ke atas Jenin pada selasa lalu.

Dalam serbuan tersebut, rejim Zionis telah meletupkan pangsapuri syahid Ra’d Khazem sebagai tindakan membalas dendam terhadap keluarganya.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button