Semasa

Amaran ribut petir dan hujan lebat di 6 negeri

PUTRAJAYA : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hari ini di beberapa kawasan antaranya negeri Selangor, Putrajaya, Johor, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dan hujan lebat berlaku hari ini sehingga 4 petang di Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang), Putrajaya dan Johor melibatkan kawasan Pontian dan Kulai.

Manakala, Terengganu (Kemaman), Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Kluang dan Mersing) serta Sarawak di Bintulu dijangkakan ribut petir dan hujan lebat sehingga 3 petang ini.

Related Articles

Back to top button