Covid19DomestikSemasa

COVID-19: Hampir 170,000 kanak-kanak telah divaksin di Malaysia

UALA LUMPUR: Seramai 169,710 atau 4.8 peratus populasi kanak-kanak di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, setakat semalam.

PICKids dilancarkan pada 3 Februari lepas dan kanak-kanak yang menerima vaksin berusia lima hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Kerajaan menetapkan masa antara dos pertama dan kedua selama lapan minggu.

Sementara itu, berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,258,893 atau 56.4 peratus populasi bagi peringkat dewasa telah menerima dos penggalak Covid-19, setakat semalam.

Sejumlah 22,936,644 individu atau 97.5 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 98.7 peratus atau 23,212,859 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,795,507 individu atau 89.8 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,874,510 atau 92.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 118,875 dos vaksin diberikan meliputi 35,441 dos pertama, 649 dos kedua dan 82,785 dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 65,042,686 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 11 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu lima kes, diikuti Johor dengan empat kes, manakala satu kes masing-masing direkodkan di Kelantan dan Pahang. -BERNAMA

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button