DuniaPalestinSemasa

Permintaan pemimpin Hamas bebaskan tahanan Palestin disunting keluar

RIYADH: Permintaan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal untuk membebaskan tahanan Palestin di Arab Saudi telah disunting keluar ketika ditemubual Al Arabiya, siarat TV yang berpusat di Arab Saudi.

Pada Isnin lalu, Meshaal tampil dalam siaran Al Arabiya untuk kali pertama sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, gerakannya tidak akan menjejaskan hubungan negara di rantau itu dan mengalu-alukan hubungan bersama Arab Saudi dan negara lain atas dasar kedaulatan Palestin.

Ketika ditemubual secara langsung, beliau meminta Arab Saudi supaya membebaskan tahanan Palestin termasuk wakil Hamas dan anaknya di negara itu.

Bagaimanapun, stesen TV itu telah menyunting keluar bahagian permintaan itu untuk versi siaran di saluran YouTube.

Ditanya mengenai hubungan Hamas dan Iran, Meshaal berkata, Hamas tidak akan hanya berpaksi kepada satu pihak sahaja di rantau itu, dan pejuangan kumpulan itu perlu disokong semua.

“Hamas terbuka untuk kerjasama dengan semua pihak sejak penubuhannya dan kami menghargai pihak yang mengalu-alukan kami dan sedia bekerjasama dengan mereka,” katanya dalam sesi temubual tersebut.

Sebelum ini, dilaporkan Mohammed Al-Khodari, 82 dan isterinya ditahan sejak awal 2019. Dia menghidap kanser prostat dan tidak diberikan rawatan ketika di penjara.

Pada April, pihak berkuasa menyerbu rumahnya dan menyoal siasat isterinya, Wejdan, 70, serta memaksa wanita itu menandatangani perjanjian yang tidak membenarkan dia bercakap tentang keadaan suaminya di media selain merampas telefon bimbitnya.

– Middle East Monitor

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi / AJ

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button