KerohanianPendidikanSemasa

Apa hukum bantu bersihkan rumah ibadat bukan Islam?

Amalan saling menghormati sesama agama dan bantu-membantu amat digalakkan dalam Islam bagi menjamin kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

Tambahan pula, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum melatih kita sebagai rakyat untuk saling bertoleransi demi menjaga keamanan negara.

Namun, timbul persoalan adakah bantuan yang diberikan kepada golongan bukan Islam mempunyai hadnya apabila ia melibatkan membersihkan kawasan rumah ibadat bukan Islam.

Menurut penjelasan dari portal Maktabah Al-Bakri,  dalam isu ini, bantuan tersebut terbahagi kepada dua iaitu kebajikan sosial dan kemanusiaan urusan agama lain dan kemaksiatan

Dalam isu kebajikan sosial, kita sebagai umat islam dituntut untuk berbuat kebajikan dengan mana-mana manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, keturunan, warna kulit, dan seumpamanya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang menyebut

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya: Allah tidak menghalang kamu terhadap golongan yang tidak memerangi kamu berkenaan agama dan mereka tidak mengeluarkan kamu dari tanahair kamu, dari kamu berbuat kebajikan kepada mereka dan berlaku adil kepada mereka. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebagai contoh, seorang muslim melihat seorang bukan islam dalam keadaan lapar atau dahaga, maka dia dituntut untuk membantu orang bukan islam tersebut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah menyatakan:

ذَهَبَ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ إِلَى أَنَّهُ لاَ يَجُوزُ لِلْمُسْلِمِ أَنْ يَعْمَل لأِهْل الذِّمَّةِ فِي الْكَنِيسَةِ نَجَّارًا أَوْ بَنَّاءً أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ، لأِنَّهُ إِعَانَةٌ عَلَى الْمَعْصِيَةِ، وَمِنْ خَصَائِصِ دِينِهِمُ الْبَاطِل، وَلأِنَّهُ إِجَارَةٌ تَتَضَمَّنُ تَعْظِيمَ دِينِهِمْ وَشَعَائِرِهِمْ

Maksudnya: “Kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak harus si muslim bekerja untuk orang kafir zimmi (yang ada hak tinggal dalam negara Islam) di gereja mereka sebagai tukang kayu, tukang bina atau selainnya kerana ia dikira menolong maksiat (kekufuran) bahkan asas utama agama mereka batil. Larangan itu kerana ia adalah upah yang mengandungi membesarkan agama mereka dan syiar agama mereka”.

Kesimpulannya, tidak menjadi masalah sekiranya bantuan yang diberikan kepada bukan Islam dalam bentuk bantuan kemanusiaan seperti membersihkan rumah-rumah mereka yang terkena banjir, memberikan bantuan makanan dan seumpamanya.

Walau bagaimanapun, sekiranya bantuan tersebut melibatkan agama dan akidah seperti membersihkan rumah ibadat mereka adalah dilarang sejajar dengan kaedah syarak yang mengharamkan segala bentuk kesyirikan dan menegah daripada apa jua bentuk kerjasama serta bantuan yang menjurus ke arah kesyirikan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button