Semasa

Pengguna terjejas banjir diberi pengecualian bayar bil – Air Selangor

KUALA LUMPUR : Pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) diberi pengecualian bayaran bil bagi bulan Januari 2022 melibatkan sembilan kawasan di ibu negara yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan yang layak menerima pengecualian bayaran bil itu ialah Kampung Pasir, Jalan Batu Bata dan Jalan Rahmat (berhampiran WTC KL), Jalan Raja Chulan, Kampung Chubadak, Kampung Delima, Kampung Kasipillay, Kampung Kolam Air, Lorong Jambu Laut, dan Lorong Raja Mahadi.

Menurut Air Selangor, pelanggan yang berada di kawasan-kawasan yang terjejas banjir akan menerima pengecualian itu secara automatik bagi tempoh satu bulan yang tidak memerlukan mereka untuk mengisi atau menghantar sebarang borang kepada syarikat pembekal air itu.

“Sepanjang tempoh pengecualian bayaran ini, bil air bulanan akan terus dikeluarkan oleh Air Selangor. Namun begitu, para pelanggan yang layak menerima pengecualian bayaran bil air tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Air Selangor memahami kesulitan yang dialami oleh para pelanggan yang terkesan dengan insiden banjir dan berharap bantuan itu akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button