DuniaSemasa

14 maut, tiga cedera dalam kejadian tanah runtuh di Guizhou China

GUIYANG : 14 maut manakala tiga lagi cedera dalam insiden tanah runtuh tapak pembinaan di bandar Bijie, di Wilayah Guizhoi barat daya China.

Kejadian tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan sekitar jam 7 malam Isnin, menurut majlis perbandaran Bijie.

Seramai 17 orang telah ditemui dengan 14 daripadanya disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi kini menerima rawatan di hospital.

Lebih 1,000 orang menyertai usaha menyelamat semalaman, menurut Agensi Xinhua.

Mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil, menurut majlis perbandaran.

Operasi menyelamat telah dihentikan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Pekerja sedang membina kemudahan latihan untuk hospital ketika kejadian tanah runtuh berlaku.

Kemalangan di tempat kerja sering berlaku di China akibat daripada kecuaian pihak pengurusan terhadap penguatkuasaan piawaian keselamatan yang lemah dan kualiti infrastruktur yang teruk.

Guizhou, kawasan yang bergunung-ganang dan pedalaman adalah salah satu kawasan paling kurang membangun di China.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button