Semasa

Empat beranak maut dirempuh pancuan empat roda

Pemandu dibawah pengaruh dadah punca kemalangan nahas

KUANTAN: Keterujaan menghadiri majlis resepsi perkahwinan berakhir dengan tragedi buat sebuah keluarga apabila empat daripada mereka maut apabila Toyota Vellfire dinaiki mereka dirempuh pacuan empat roda dipercayai melanggar lampu merah di Jalan Lebu-Mempaga di Bentong hari ini.

Keluarga itu dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Gua Musang, Kelantan, menuju ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Trafik Pahang Kamarulzaman Jusoh berkata mangsa yang maut ialah suri rumah Raihan Mohamad, 43, yang duduk di kerusi penumpang hadapan, dan tiga anaknya Ahda Dalili, 14, Ahmad Muaz, tujuh, dan Ahda Imtinan, empat. Suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, mengalami kecederaan di tangan kiri.

Polis menemui dadah dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipandu seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut selepas melanggar lampu isyarat merah di simpang lampu isyarat susur Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga di sini

Pemandu Navara berusia 43 tahun dari Karak, Bentong, mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke hospital di Temerloh untuk rawatan. Saringan awal air kencing di Hospital Bentong mendapati dia positif dadah.

Sayu apabila haya jeritan “Allahuakbar” daripada isteri kesayangnya didengari Mohd Nazri ketika nahas itu berlaku. Tiada daya untuk beliau melakukan apa-apa tatkala nahas itu berlaku dengan sangat pantas.

Terdahulu, empat beranak tersebut selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Panchor, Pengkalan Chepa, di sini  pukul 10.30 pagi ini dengan solat jenazahdiimamkan Mohd. Nazri

Solat jenazah dimamkan Mohd Nazri sendiri. Kesemua jenazah selamat dikebumikan dalam satu liand lahad di Tanah Perkuburan Islam Panchor, Pengkalan Chepa pada jam 10.30 pagi semalam.

Related Articles

Back to top button