Covid19PendidikanSemasa

Covid-19 : 1,257 PELAJAR positif sejak 22 Sept hingga 22 Okt

Jumlah keseluruhan 2,145 sejak Feb

PUTRAJAYA : Sebanyak 1,257 pelajar dikesan positif pada gelombang ketiga pandemik itu dari 22 September  hingga ke semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu ialah daripada keseluruhan 2,145 pelajar yang dikesan positif COVID-19 sejak Februari lalu hingga 22 Oktober.

Beliau berkata 830 kes membabitkan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun manakala 1,315 kes lagi membabitkan pelajar berusia 13 hingga 18 tahun.

Dalam gelombang ketiga, 587 kes membabitkan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun dan 670 kes pelajar berusia 13 hingga 18 tahun.
Katanya, sejak gelombang ketiga melanda negara, sejumlah 12 sekolah yang terkesan dengan wabak tersebut ditutup selama seminggu bagi proses nyahkuman dan saringan kontak rapat dilakukan.
Beliau berkata Negeri Sembilan dan Johor masing-masing mencatatkan penutupan tiga sekolah susulan Kluster Cahaya, Kluster Sofi dan Kluster Bah Manggis di Negeri Sembilan serta Kluster Simera dan Kluster Rinting (dua sekolah) di Johor.
Kuala Lumpur pula mencatatkan penutupan dua sekolah melibatkan Kluster Jalan Pantai dan Kluster Long manakala Pulau Pinang, Melaka, Putrajaya dan Sarawak masing-masing menutup satu sekolah berikutan Kluster Alma, Kluster Bukit, Kluster Selasih dan Kluster Bah Arnab.

Sementara ketika ditanya sama ada saringan penghuni Blok B, Flat Pelangi Damansara ada kaitan dengan Kluster Utama, Dr Noor Hisham berkata pihaknya tidak akan mengumumkan jenis kaitan bagi menghindari stigmatisasi dan ketakutan di kawasan itu.

“Kami tidak akan mengumumkan nama tempat atau tindakan melakukan saringan di sesuatu kawasan,” .

“Sebaik sahaja ada kes di kawasan itu, orang ramai akan takut untuk pergi ke sekolah, kondominium atau pusat membeli belah. Kita faham, ada tindakan telah dilakukan”

Beliau berkata paling penting, sekiranya terdapat kes positif di sesuatu kawasan, kementerian akan mengambil tindakan seperti menutup tempat tersebut dan melakukan proses pembasmian kuman.

Beliau berkata demikian pada perkembangan terkini COVID-19 di Putrajaya.- BERNAMA

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button