DuniaSemasa

15 maut! bersesak dapatkan visa ke Pakistan

Setelah Konsulat ditutup 7 bulan

Jurucakap hospital Zaher Adel berkata, mangsa kebanyakannya ada kesan luka akibat berhimpit.
Sohrab Qaderi, anggota majlis wilayah itu berkata daripada 15 orang yang terkorban, sebelas daripadanya ialah wanita.
Pihak berkuasa menyebut 3,000 penduduk Afghan itu berhimpit satu sama lain ketika mahu mendapatkan token bagi permohonan visa perjalanan ke Pakistan.
Saudara mara mangsa menguruskan jenazah mangsa di salah sebuah rumah mayat di Jalalabad.
Sejak minggu lalu, Pakistan kembali mengeluarkan visa setelah tujuh bulan ditutup kerana penularan Covid-19.
Peluang itu diambil ribuan warga Afghan dari  Nangarhar, dan wilayah lain untuk tiba seawal pagi memohon visa perjalanan dan juga visa kebenaran mendapatkan rawatan dari Pakistan.

Sebelum itu terdengar khabar angin mengatakan Konsulat akan mengeluarkan visa lebih banyak daripada biasa.

Khabar itu mencetuskan keinginan penduduk untuk mendapatkan visa.

Sebaik pintu pagar dibuka, mereka mula merempuh dan kemudian  keadaan bertukar tidak terkawal.

Dalam ciapan di twit beliau, Duta Pakistan ke Afghanistan, Mansorr Ahmad Khan merakamkan takziah terhadap keluarga mangsa.

Katanya kerajaan Pakistan sering berhubung dengan Afghan bagi kemudahan yang lebih baik untuk pengurusan permohonan visa.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button