InspirasiSemasa

Angpau & duit raya latih diri jadi seorang yang pemurah

BANGI: Terdapat banyak persamaan dan kaitan antara Tahun baru Cina dengan Hari Raya Aidilfitri, menurut Shafiq Liow, seorang mualaf yang berbangsa Cina.

Menurutnya, memberi angpau atau duit raya merupakan salah satu  persamaan antara perayaan Tahun baru Cina dan juga perayaan Islam seperti Hari Raya Aidilfiitri.

Dengan memberi angpau dan duit raya, ia merupakan salah satu sedekah yang dapat dilakukan bagi berkongsi kegembiraan kepada orang lain dan mereka yang memerlukan.

“Perkara ini juga dapat melatih diri kita untuk menjadi seorang yang pemurah dan dapat membahagiakan orang lain,” katanya.

Ziarah-menziarahi sesama keluarga, saudara-mara, rakan-rakan serta jiran juga merupakan satu amalan yang dituntut dalam Islam. Ini juga merupakan salah satu persamaan yang ada pada sambutan Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga perayaan-perayaan yang lain.

“Ziarah-menziarahi ini dapat memperluaskan lagi tali persaudaraan dan silaturahim antara kita.

“Selain itu, seperti yang saya tahu, malam raya pasti akan ada makan malam beramai-ramai sesama ahli keluarga dan saudara-mara yang datang. Ini juga merupakan salah satu perkara yang dilakukan di malam Tahun Baru Cina. 

Syafiq Liow ketika mengajar saudara-saudara baru di Rumah Didik Sahabat

Sebagai seorang Muslim juga, kita harus memainkan peranan bagi memberikan pemahaman kepada mereka di luar sana mengenai setiap agama dan bangsa.

Terutama kepada saudara baharu yang memeluk Islam harus belajar dan faham mengenai perbezaan antara agama dan bangsa.

Masyarakat umum juga perlu tahu dan faham mengenai semua sambutan yang ada di Malaysia agar tiada soalan-soalan yang dapat mengelirukan saudara baharu bagi meraikan perayaan bangsa mereka sendiri.

BACA JUGA
Syafiq Liow memilih Islam sebagai pegangan hidup

Related Articles

Back to top button