DuniaKemanusiaanSemasaSyria
Trending

23 orang awam terbunuh angkara bom kereta!

23 maut, 75 cedera termasuk petugas kemanusiaan

SYRIA : Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh manakala 75 lagi cedera dalam letupan kereta di bandar Al-Bab di Aleppo, Utara Syria.

Turut tercedera dalam serangan terbaru itu adalah tiga petugas kemanusiaan menangani Covid-19, salah seorangnya pemandu, dilapor dalam keadaan kritikal.

Penyerang dilapor meletakkan bom di dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan berdekatan dengan sebuah stesen bas.

Badan Pemerhati Hak Kemanusiaan Syria, SOHR, berkata sasaran serangan di tempat awam yang berlaku pada Selasa itu menyebabkan ramai yang parah.

Sementara itu Jurucakap Pertahanan Awam Syria, Ibrahim Al Haj berkata, White Helmet melaporkan angka cedera dalam letupan itu lebih besar sehingga kepada 82 orang.

Video dan gambar berhubung letupan itu tersebar luas di media sosial oleh para aktivis.

Asap berkepul-kepul dilihat di lokasi kejadian, selain kebakaran berlaku di sana sini di bangunan yang rosak teruk.

Penyelaras Kemanusiaan PBB di Syria, Mark Cutts dalam ciapannya mengutuk serangan itu yang disasarkan ke kawasan orang awam.

sumber: @PanosIordan

Small Action – Save Live

Bagi anda yang ingin membuat sumbangan kemanusiaan Syria bersama MAPIM MALAYSIA boleh melayari www.tabungsyria.com (https://www.tabungsyria.com/)

atau

Infaq terus ke Akaun
Maybank (Syria Emergency Appeal – Dana MAPIM) 562834636987

talian hotline MAPIM 1300888038 / 0128002016.

Sumbangan anda adalah harapan buat mereka.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button