Semasa

Konflik Timur Tengah kurang perhatian dunia, Arab Saudi, Qatar luah rasa kesal

DOHA: Konflik di Timur Tengah telah menimbulkan kekecewaan kepada Arab Saudi dan Qatar kerana Barat lebih menunjukkan solidariti mereka bersama Ukraine.

“Penderitaan kemanusiaan yang kita lihat di Ukraine dan semua orang bercakap mengenainya, tetapi penderitaan yang berlaku di rantau timur tengah selama bertahun-tahun seperti tiada apa yang berlaku,”

“Kita tidak pernah melihat tindak balas global untuk menangani penderitaan ini, sebagai contoh, kekejaman terhadap rakyat Syria, Palestin, Libya, Iraq dan Afghanistan,” ujar Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani pada Forum Tahunan Doha.

Kerajaan Arab Saudi dan Qatar sememangnya kaya dengan minyak dan gas, dan mempunyai hubungan rapat dengan Barat, tetapi mereka turut mempunyai hubungan dengan Russia, walaupun mengambil kedudukan mengecam Moscow sejak menyerang Ukraine bulan lalu.

Selain itu, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) berharap kedua-dua negara dapat meningkatkan pengeluaran minyak dan gas bagi membantu mengurangkan kebergantungan Barat terhadap bekalan minyak Russia.

“Konflik Ukraine diharapkan akan menjadi seruan untuk semua orang supaya dapat melihat rantau timur tengah dan menangani isu dengan tahap komitmen yang sama seperti yang ditunjukkan oleh Russia dan Ukraine,” kata diplomat Qatar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa beratus ribu orang di Yaman terbunuh secara langsung dan tidak langsung serta berjuta-juta lagi telah kehilangan tempat tinggal akibat konflik selama bertahun dan merupakan krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, dalam mesej video kepada Forum Doha, menyeru Qatar meningkatkan pengeluaran gas asli disebabkan konflik yang melanda.

Masa depan Eropah terletak pada usaha itu, katanya kepada hadirin termasuk emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.

 

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button