DuniaPalestinSemasa

Tahanan tertua Palestin meninggal dunia dalam penjara Israel

Sa’deya Farajallah, 68, seorang ibu kepada lapan anak dituduh cuba menikam tentera Israel pada Disember 2021

RAMALLAH : Seorang tahanan wanita warga Palestin, Sa’deya Farajallah, 68, dilaporkan meninggal dunia di penjara Israel, menurut kenyataan Pertubuhan Kelas Tahanan Palestin.

Menurut laporan agensi WAFA, Sa’deya merupakan tahanan penjara tertua dan juga seorang ibu kepada lapan anak berasal dari bandar Hebron, Tebing Barat itu meninggal dunia di penjara Damon di utara Israel, namun punca sebenar kematian masih belum diketahui.

Beliau ditangkap atas tuduhan cuba menikam salah seorang tentera Israel berhampiran masjid Ibrahimi, Hebron pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, pihak berkuasa Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan insiden tersebut.

Perkhidmatan Penjara Israel memberitahu bahawa Sa’deya menghidap penyakit kronik dan menerima rawatan berkala di hospital dan kembali ke penjara pada minggu ini.

Namun, adik lelaki kepada Sa’deya, Tayseer Farajallah memaklumkan bahawa kakaknya itu tidak mengalami sebarang penyakit dan mendakwa kakaknya itu diseksa ketika berada dalam penjara dan diabaikan tanpa menerima rawatan yang sewajarnya.

Tayseer turut mendakwa pihak berkuasa Israel tidak membenarkan ahli keluarga Sa’deya melawatnya dan mendesar mereka agar bertanggungjawab atas kematian kakaknya dan menuntut agar bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca utama kematiannya.

Kematian Sa’deya menjadikan jumlah tahanan Palestin yang mati di penjara Israel sejak 1967 mencecah 230, lapor Agensi Berita Rasmi Palestin WAFA.

Untuk rekod,  Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Pertubuhan Pembebasan Palestin melaporkan kira-kira 500 tahanan yang sakit berada dalam penjara Israel, dengan hampir 50 kes memerlukan rawatan khas.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button