DuniaKemanusiaan

Angkara dendam kesumat-tangannya dipotong, mata dicungkil!

Kemanusiaan hari ini?

AMMAN, JORDAN : Keji dan kejam!  Mana nilai kemanusiaan apabila sanggup memperlakukan seorang normal menjadi cacat  kekal ke akhirnya?

Angkara dendam kesumat, tindakan sebelas suspek memotong tangan dan mencungkil keluar bebola mata seorang remaja adalah satu perbuatan kejam yang menuntut mereka dikenakan hukuman sewajar perbuatannya.

Pic: Alarabiya

Saleh 16 tahun, diculik pada Selasa lalu, kemudian dia dibawa ke satu tempat menaiki sebuah bas mini.

Setibanya di Bandar Zarqa suspek mencacatkan anggota badan mangsa, dan menjadikan dia buta.

Individu yang merakam aksi mengerikan itu juga telah ditangkap oleh pihak berkuasa polis Jordan.

Raja Jordan, Raja Abdullah II bertitah agar mangsa dipindahkan ke Bandar Perubatan Raja Hussein dan beliau sendiri mengarahkan mangsa diberi semua rawatan penjagaan yang diperlukan.

Saleh memberitahu media tempatan bahawa dia diculik semasa keluar untuk membeli roti.

“Saya mengenali kumpulan penjenayah itu dan cuba melarikan diri tetapi gagal, ditangkap lalu dibawa ke sebuah rumah di kawasan terbiar.

“Mereka meletak tangan saya di atas meja, memukul dan menetak beberapa kali, kemudian mereka masukkan objek tajam ke mata, mencungkil keluar mata saya, saya cuma mampu menjerit, – Allah hu Akbar!’’ – Saleh

Media tempatan yang memetik beberapa saksi melaporkan, ia satu serangan balas dendam kerana bapa mangsa disyaki membunuh bapa saudara kepada salah seorang suspek.

Video memotong tangan dan mencungkil mata itu tular di media sosial tetapi pihak berkuasa Jordan segera mengharamkan penyebaran klip rakaman itu.

Menteri Keadilan, Bassam Talhouni memberitahu agensi be­rita Petra bahawa undang-undang akan menentukan hukuman paling berat ke atas pesalah.

Saleh kini berada dalam kea­daan kritikal tetapi stabil di Hospital Kerajaan Zarqa, menurut Gulf News. –

Peristiwa itu membangkitkan kemarahan orang awam mengenai perihal kekejaman dan penyeksaan ke ats remaja ini. 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button