KemanusiaanPalestin

Sokong Israel? padahnya bakal dipenjara 10 tahun, denda RM7,000

Penasihat Kewangan paparkan di Twitter

KUWAIT CITY :  Hukuman penjara 10 tahun dan denda 5,000 dinar (RM 68,598) terhadap sesiapa yang menyokong Israel secara terang-terangan termasuk di media sosial.
MMNews melaporkan, Kerajaan Kuwait akan melaksanakan hukuman berkenaan seperti dinyatakan oleh Penasihat Bank Pelaburan, Usahawan dan Pasaran Modal yang terkenal di peringkat antarabangsa,
 Dalam laporan lima hari lalu itu, Mir Mohammad berkongsi berita itu di sosial medianya berhubung ketegasan Kuwait itu.

“Kuwait mengumumkan undang-undang di mana sesiapa yang menyokong Israel secara nyata atau di  media sosial dari  Kuwait akan dipenjara selama 10 tahun dan denda sebanyak 5,000 dinar.  Amaran itu mungkin kedengaran keras tetapi Tuan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan (Pakistan), saya berpendapat anda juga perlu melakukan ini,” – Penasihat Bank Pelaburan, Usahawan dan Pasaran Modal Mir Mohammad Alikhan

Terdahulu, Perdana Menteri Kuwait, Sabah Al-Khalid telah menegaskan prinsip dan keteguhan negaranya dalam mendukung pilihan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak mereka yang sah.

“Perjuangan Palestin masih mempunyai kedudukan penting dalam sejarah dan dunia Arab serta Islam,” kata Sabah pada sesi ke-75 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui pautan video.

Al-Sabah menekankan pentingnya usaha berterusan untuk melancarkan semula rundingan untuk mencapai perdamaian yang adil dan menyeluruh sesuai dengan Inisiatif Damai Arab.

Beliau menyeru Israel menamatkan pendudukannya di Genting Gaza  dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. – mmnews.tv

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button