Covid19DuniaPalestin

Bekalan bahan api ke Palestin disekat

Serangan udara banyak merosakkan infrastruktur wilayah

GAZA:  Tidak cukup dengan melancarkan roket ke arah penduduk Palestin sehingga meragut nyawa yang tidak bersalah dan memusnahkan harta benda awam, kini rejim Israel menyekat bekalan minyak untuk stesen janakuasa di Gaza.

Langkah ini berlaku ketika serangan udara tersebut telah banyak merosakkan infrastruktur wilayah tersebut.

Pada Isnin (17 Mei), media tempatan mereka melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel telah memberi lampu hijau untuk penghantaran bekalan bahan api yang dibeli oleh Qatar ke Gaza, yang mengalami kekurangan elektrik utama di saat konflik Israel-Palestin yang masih berterusan ini.

Pihak berkuasa Israel hari ini menolak untuk mengangkut bahan api yang digunakan untuk loji kuasa di Gaza melalui pusat pemeriksaan Kerem Shalom.

Syarikat bekalan elektrik di Gaza akan kehabisan bahan api dalam masa dua hingga tiga hari, kerana pertempuran dan serangan udara telah merosakkan saluran kuasa.

Banyak perumahan di Semenanjung Gaza hanya mendapat beberapa jam bekalan elektrik sehari kerana penutupan Kerem Shalom, iaitu tempat di mana Gaza menerima bekalan minyak yang terletak berseberangan dengan Israel.

Menurut kenyataan dari Rumah Putih, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, dalam perbualan telefon bersama dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan sokongannya untuk gencatan senjata dan membincangkan penglibatan AS dan Mesir serta rakan-rakan lain untuk mencapai persetujuan.

Dalam perbualan telefon itu, Biden mengulangi sokongan tegasnya terhadap hak Israel untuk membela diri dari serangan roket dan mendorong Israel untuk melakukan segala usaha untuk memastikan perlindungan orang awam yang tidak bersalah.

Panggilan antara Biden dan Netanyahu pada hari Isnin adalah yang ketiga dalam waktu kurang dari seminggu ketika konflik di Gaza semakin meningkat. Kedua-dua pemimpin itu membincangkan “kemajuan dalam operasi ketenteraan Israel terhadap Hamas dan kumpulan pengganas lain di Gaza.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

__________________________

Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button