DuniaKemanusiaanPalestin

Ayuh solidariti bantu saudara di Palestin! – Hishammuddin

Malaysia gesa tumpu pembangunan semula, bantuan kemanusiaan Palestin

KUALA LUMPUR : Malaysia gesa seluruh dunia bersama-sama menghulurkan bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin berikutan gencatan senjata Israel-Hamas semalam.

Merujuk pada hantaran Twitter Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, beliau mengajak masyarakat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin.

Gencatan senjata telah diisytiharkan antara Israel dan Hamas. Serangan Israel telah menyebabkan ratusan orang mati, ribuan lagi cedera. Malaysia mengucapkan takziah kepada semua mangsa keganasan Zionis. Sekarang ayuh kita fokus pada bantuan kemanusiaan dan pembinaan semula untuk rakyat Palestin. – Datuk Seri Hishammuddin Hussein/Menteri Luar

Semalam, Kabinet Keselamatan Israel sebulat suara bersetuju menghentikan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung dan menerima perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.

Mesir bertindak sebagai orang tengah untuk perjanjian gencatan senjata itu.

Tambah Datuk Seri Hishammuddin, serangan Israel sejak 10 Mei lalu menyebabkan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa terkorban dan ribuan lagi cedera. Malaysia turut berdukacita dan menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa.

Terdahulu, agensi berita melaporkan, Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza mengumumkan gencatan senjata semalam, dalam usaha mengakhiri pertempuran ganas yang berlangsung selama 11 hari.

Menurut kenyataan pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, Kabinet keselamatannya bersepakat menerima cadangan yang dibuat atas inisiatif Mesir bagi gencatan senjata tanpa syarat.

Gencatan senjata itu turut disahkan oleh kumpulan Hamas dan Islamic Jihad.

Dalam satu kenyataan, yang memaklumkan ia berkuatkuasa bermula jam 2 pagi hari ini (waktu tempatan).

Sementara itu, pihak Israel tidak memaklumkan bila gencatan senjata akan bermula.

Pertempuran terkini menyaksikan jet Israel membedil Gaza melalui serangan udara, dibalas dengan ribuan roket dari Gaza menyasarkan, susulan ketegangan yang makin memuncak selepas 10 Mei lalu.

Serangan Israel terhadap Gaza pula sehingga kini sudah mengorbankan 232 penduduk Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan mencederakan lebih 1,900 orang manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal, demikian menurut Hamas. – BH

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

_______________________

MASA UNTUK BERTINDAK !

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button