DuniaKemanusiaanPalestin

Tak sampai 24 jam Israel kembali mengganas !

Zionis ingkar gencatan senjata

BAITULMAQDIS :   Kurang daripada 24 jam Zionis kembali menyerang rakyat Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika kebanyakan mereka sedang menunaikan ibadah.

Keputusan gencatan senjata yang dipersetujui oleh Israel serta dua kumpulan pejuang utama Palestin di Gaza, Hamas dan Islamic Jihad tidak bertahan lama apabila puak Zionis kembali mencemar perjanjian tersebut.

Tular di media sosial, kini persekitaran Masjid Al-Aqsa kembali riuh dengan deruan bunyi tembakan peluru getah dan gas pemedih mata dilepaskan Zionis.

Menurut laporan TRT World Now di Twitter, Pasukan Keselamatan Israel bertindak ganas melepaskan tembakan bom tangan, gas pemedih mata ke atas penduduk Palestin yang sedang menjalankan ibadah dengan aman.

Sementara itu, di Baitulaham, Tebing Barat , Pasukan Israel melepaskan tembakan gas kepada wartawan dan rakyat Palestin yang sedang menjalankan demonstrasi secara aman.

Wartawan dan rakyat Palestin diancam gas pemedih mata oleh tentera Israel

Dilaporkan seramai 20 warga Palestin cedera akibat daripada serangan rambang Pasukan Keselamatan Israel di Masjid Al-Aqsa.

Sementara itu, menurut Ketua Hamas, Ismail Haniya, gencatan senjata Gaza merupakan satu ‘kemenangan strategik’ bagi rakyat Palestin.

Beliau menambah Hamas akan mengembleng tenaga membina semula Gaza dan terus menentang Israel sehingga rejim Zionis itu berundur sepenuhnya dari kawasan Palestin yang dikepung.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom 

_________________________

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button