Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Kemusnahan di Gaza satu yang tidak dapat diterima : Pengarah Sabit Merah

Lakukan lawatan 3 hari ke Gaza

GAZA : Satu kehidupan yang sukar, dan saya tidak boleh menerimanya!

Ketua Pengarah Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Robert Mardini berkata bahawa beliau tidak dapat menerima nasib dan  pengorbanan rakyat Palestin yang hidup dalam kesukaran akibat diserang tentera rejim selama 11 hari penentangan yang lalu.

Beliau memberitahu media perkara itu pada Rabu (26 Mei)  selepas melakukan lawatan tiga hari ke Gaza  termasuk di lokasi-lokasi yang dibom. Beliau juga dilapor akan melawat ke Tebing Barat dan Israel.

“Penduduk Gaza telah hidup selama 11 hari pencerobohan, satu tragedi dan masa yang sukar. Saya akan menilai keadaan di Gaza dan sejauh mana kemusnahannya, untuk menyampaikan pemerhatian ini kepada pihak-pihak yang berkenaan” – Robert Mardini/ Ketua Pengarah ICRC

ICRC ditubuhkan pada tahun 1863, dan beroperasi di seluruh dunia. Agensi ini membantu orang-orang yang terjejas disebakan oleh konflik dan keganasan bersenjata selain mempromosikan undang-undang yang melindungi mangsa perang. Ibu pejabat ICRC berpusat di Geneva, Switzerland.

Sekurang-kurangnya 255 orang Palestin terbunuh dalam serangan Israel yang bermula pada 10 Mei, termasuk 66 kanak-kanak. 2,000 lagi cedera.

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button