Covid19KemanusiaanSyria

Britain potong bantuan kemanusiaan antarabangsa lebih 50%

Lubnan dipotong 88%, Syria 67%

UNITED KINGDOM : Beberapa negara konflik yang menerima bantuan kemanusiaan daripada salah satu negara penyumbang terbesar, Britain akan mengalami pemotongan bantuan tahun ini, termasuk Syria.

Potongan sumbangan bantuan yang akan dilakukan ke atas negara di Timur Tengah termasuk  Syria  adalah sebanyak 67% daripada peruntukan tahun lalu bernilai 137 juta paun kepada 45 juta paun sahaja buat tahun ini.

sky news melaporkan,   perkara itu didedahkan oleh agensi openDemocracy yang mendapat maklumat itu daripada satu dokumen bocor bertarikh bulan lalu.

Selain Syria, negara lain yang menerima sumbangan Britain juga akan mengalami pemotongan sumbangan iaitu Lubnan sebanyak 88%, Nigeria – 58%, Somalia – 60%,  Libya – 63% Republik Demokratik Congo – 60% serta Selatan Sudan – 59% membabitkan peruntukan daripada 110 juta paun tahun lalu kepada 45 juta paun tahun ini.

Setakat ini, Pejabat Commonwealth dan Antarabangsa tidak menafikan laporan itu, dan berkata langkah bersifat sementara itu terpaksa dilakukan berikutan kedudukan ekonomi UK yang terkesan akibat pandemik Covid-19

“Kami masih kekal menjadi antara penyumbang bantuan utama dunia. Kami akan membelanjakan 10 juata pound tahun ini untuk mengekang kemiskinan, menangani perubahan iklim serta masih memikirkan mengenai program secara individu ini, keputusan sebenar masih belum dibuat.” – wakil kerajaan Britain

Bagaimanapun menurut bbc.com langkah itu menerima kritika daripada ahli politik dan badan kebajikan antarabangsa, dengan membangkitkan kebimbangan bahawa ramai lagi penduduk dunia akan mati, terutamanya negara Yemen yang kini berdepan kekurangan terdahsyat abad ini.
Sekaligus mempertingkat kesan terhadap keganasan, migrasi dan krisis pelarian.

Ahli Parlimen dari Parti Buruh, Preet Kaur Gill berkata pengurangan bantuan kepada negara yang kini berdepan krisis kemanusiaan akan menyebabkan ramai mangsa konflik akan mengalami kebuluran, memanjangkan lagi isu sistem kesihatan yang buruk serta memusnahkan akses kepada keperluan air bersih kepada golongan yang terdedah dengan kesukaran itu.

London telah merangka pengurangan peruntukan bantuan kemanusiaan antarabangsanya berjumlah 87 juta paun tahun ini (bersamaan ASD$120 juta)  iaitu separuh daripada peruntukan pada tahun lalu, 160 juta paun.

Tahun lalu, United Kindom menduduki kedudukan keempat negara paling banyak menyumbang kepada bantuan kemanusiaan  antarabangsa, selepas Kesatuan Eropah manakala Amerika Syarikat di kedudukan pertama dengan ASD$ 7 bilion.

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button