Covid19KesihatanSemasa

Covid-19: Jumlah kluster turun 3.3 peratus minggu lalu

KUALA LUMPUR: Laporan mingguan kluster Covid-19 pada minggu ke-26 antara tempoh 27 Jun hingga 3 Julai lalu menunjukkan penurunan 3.3 peratus kepada 146 kluster berbanding 151 kluster pada minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi hantaran Facebook, berkata dalam tempoh itu, kluster pusat tahanan menunjukkan penurunan tertinggi sebanyak 66.7 peratus kepada dua kluster berbanding enam kluster.

Ia diikuti kluster tempat kerja yang menyaksikan penurunan sebanyak 14 peratus kepada 86 kluster berbanding 100 kluster.

“Sebanyak 49 kluster direkodkan pada minggu ke-26, meningkat 32.4 peratus berbanding 37 kluster yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

“Institusi pendidikan pula menyaksikan peningkatan kepada dua kluster daripada satu kluster,” katanya.

Sementara itu, jumlah kluster bagi kumpulan berisiko tinggi kekal tujuh kluster manakala tiada kluster direkodkan menerusi aktiviti keagamaan.

Oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM / AJ

Related Articles

Back to top button