Semasa

Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri

Pemimpin negara pertama masuki Kaabah dalam tempoh sejak pandemik Covid-19

RIYADH : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi ketua kerajaan pertama berpeluang ke dalam kaabah di Masjidil Haram, Makkah, mala m tadi selepas lebih setahun ia ditutup berikutan wabak COVID-19.

Beliau yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi Muhyiddin diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dibawa masuk ke dalam Kaabah selesai solat Isya dan mengerjakan umrah selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah, lewat petang semalam.

Perdana Menteri dan isteri juga berpeluang mengucup Hajar Aswad pada jam 9.56 malam waktu tempatan yang menjadi antara tumpuan jemaah yang mengerjakan haji dan umrah di Makkah.

Ini adalah kali pertama tetamu memasuki Kaabh sejak setahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Memetik berita harian, hari ini, Perdana Menteri dijangka membuat ziarah ke Madinah sebelum memulakan program rasmi di sini pada 9 Mac yang mana kemuncaknya ialah pertemuan secara maya dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud di Istana Yamamah.

Perdana Menteri berada di Arab Saudi bagi memenuhi jemputan Raja Salman sebelum meneruskan lawatan rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada 11 Mac.

Lawatan itu dalam usaha memperkasa hubungan dua hala dengan negara Asia Barat berkenaan membabitkan pelbagai bidang terutama dalam hal ehwal Islam dan perdagangan terutama ketika cabaran berikutan wabak COVID-19.

Di UAE, Perdana Menteri dijangka bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Perdana Menteri dan isteri keluar dari Kaabah selepas selesai mengerjakan umrah di Masjidil Haram, Makkah, malam tadi. – Foto PMO
Tan Sri Muhyiddin mencium Hajarul Aswad ketika menunaikan ibadah umrah. – Foto PMO

 

 

Related Articles

Back to top button