Covid19Semasa

Covid-19: Kes positif lepasi paras 8,000

KUALA LUMPUR : Kes positif Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan apabila melepasi paras 8,000 hari ini.

Lebih membimbangkan, angka hari ini menghampiri paras 9,000 apabila sebanyak 8,868 kes direkodkan di Malaysia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 sebanyak 808,658.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 4,152 kes direkodkan, angka tertinggi pernah dicatatkan negeri itu.

harian tertinggi buat kali pertama, iaitu melebihi 4,000 kes dengan mencatatkan 4,152 jangkitan baharu.

Tambah beliau, “Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 1,133 kes baharu, Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360), Johor (336), Sarawak (281), Sabah (279), Pulau Pinang (237), Melaka (183), Pahang (152) dan Kelantan (135).”

“Pahang mencatatkan 68 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (64), Wilayah Persekutuan Putrajaya (47) dan Perlis satu kes baharu” katanya dalam kenyataan melalui hantaran Facebook, hari ini.

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Aqil Azfar

Related Articles

Back to top button