
SEPANG : Skuad badminton Malaysia tetap teruja untuk kembali beraksi di pentas antarabangsa buat pertama kali selepas 10 bulan bimbang dengan penularan wabak pandemik COVID-19.
Ianya adalah satu peluang terbaik untuk mara lebih jauh dalam Terbuka Thailand, kerana buat julung kalinya, tiada wakil dari kuasa besar, China dan Jepun dalam saingan bertaraf tinggi sebegini.
Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, boleh merintis laluan yang cukup baik ke final, apabila jaguh Jepun, Kento Momota, sah menarik diri selepas disahkan positif COVID-19 pada Ahad lalu. (3Jan)
Jika Zii Jia berjaya lepas pusingan pertama menentang HS Prannoy, K. Srikanth, Chou Tien Chien, serta Anders Antonsen, adalah antara jangkaan lawan yang bakal dihadapi untuk menempa laluan ke peringkat akhir buat pertama kali di kejohanan bertaraf 1,000 dalam kariernya.
“Semua pemain akan bermula daripada mula semula kerana selepas lama tidak beraksi. Semua pemain akan berusaha mendapatkan sentuhan dalam saingan itu nanti,” kata Zii Jia.