Sukan

Messi pecahkan rekod dunia bola sepak lagi!

Jaringan yang ke-644 dalam satu kelab

SEPANYOL: Pemenang Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi gembira di Barcelona selepas satu lagi rekod telah dipecahkan olehnya.
Messi meledak gol ketiga ketika menang 3-0 ke atas Real Valladolid awal pagi (23/12).
Jaringan ke-644 kapten pasukan itu mengatasi bilangan jaringan terbanyak diledak bersama satu kelab yang dipegang oleh Edison Arantes do Nascimento atau dikenali sebagai Pele sebelum ini.
Jaringan dalam separuh masa pertama daripada Clement Lenglet dan Martin Braithwaite membenarkan Barca selesa mendahului perlawanan di Estadio Jose Zorrilla sebelum Messi mengatasi rekod Pele yang beraksi selama 18 tahun di kelab Brazil, Santos.
Walaupun Messi menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab gergasi LaLiga itu, Koeman percaya bintangnya itu sekarang sudah gembira bersama pasukan.
“Saya sudah banyak mengatakannya, Leo gembira di sini.
“Dia sangat penting bagi kami dengan kreativitinya.”  “Anda dapat melihatnya apabila terdapat pemain yang bagus di sampingnya.”- kata Koeman.
  • Muhammad Zulfikre Ali ( Pelatih Fakulti Animasi UiTM)

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button