Semasa

Pembukaan semula sekolah ditangguh seminggu

KUALA LUMPUR : Sesi persekolahan bagi penggal ketiga 2021/2022 ditangguhkan seminggu berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menterinya, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata sesi persekolahan yang sepatutnya bermula 2 Januari dan 3 Januari 2022 akan ditangguhkan sehingga 9 Januari dan 10 Januari bagi kumpulan A dan kumpulan B.

“Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 ditangguhkan seminggu selepas mengambil kira situasi banjir semasa di seluruh negara.

Bencana ini membabitkan murid, ibu bapa dan guru, sama ada secara langsung atau tidak, juga membabitkan sekolah yang terjejas teruk atau menjadi pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita faham mereka perlukan masa untuk siapkan keperluan sebelum mulakan sesi persekolahan. Kita doakan yang terbaik untuk mangsa,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button