KemanusiaanPalestinSemasa

Solat hajat, solidariti buat Palestin !

JAKIM seru umat Islam bersama mendoakan kesejahteraan Palestin

KUALA LUMPUR : Tiga masjid utama di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengadalan solat hajat khusus bagi mendoakan rakyat Palestin.

Solat hajat itu dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di tiga masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, solat hajat itu akan dijalankan secara serentak selepas solat maghrib.

Sumber: Facebook JAKIM

 

Tambah beliau, solat hajat itu bertepatan dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru seluruh umat Islam bersama-sama mendoakan saudara kita di Palestin.

“JAKIM akan turut memanjangkan cadangan ini bagi memohon kerjasama pihak Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia untuk sama-sama menyahut saranan mengadakan solat hajat dan mendoakan Palestin menerusi masjid dan surau di seluruh negara dengan pemathan SOP sedia ada,” -Datuk Abdul Aziz Jusoh/ Ketua Pengarah JAKIM

Abdul Aziz turut mengajak segenap pelosok masyarakat untuk menzahirkan solidariti terhadap Palestin dan menyokong usaha organisasi yang giat membantu Palestin.

Beliau juga berharap usaha menganjurkan solat hajat sebegini serba sedikit dapat meringankan kesengsaraan dan sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap Palestin.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

________

Palestin kembali berdarah!

Seruan untuk kita membantu saudara di Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

 

 

Related Articles

Back to top button