Covid19Semasa

Beca bertukar ambulans

Prihatin dengan pesakit COVID-19 yang tidak mampu bayar khidmat ambulans

NEW DELHI : Ketika ini India menyaksikan kes harian kepada ribuan angka. Negara itu yang mempunyai penduduk ramai dan padat banyak menyaksikan rakyat menjadi pesakit COVId-19.  Melihat kepada kesusahan pesakit berkenaan seorang pemandu beca bermotor di India ini sanggup menukar kenderaannya menjadi ambulans.

Mohammad Javed Khan dari Bhopal, India tengah menawarkan khidmatnya itu tanpa sebarang bayaran. Malah, Javes yang berkata kepada AFP, dia juga turut menggadai barang emas milik isterinya untuk membiayai kos mengubah motosikal roda tiga itu untuk dijadikan ambulans kecil.

Menariknya, ambulans itu  dilengkapi dengan tabung oksigen, oksimeter untuk mengukur tahap oksigen dalam darah dan peralatan perubatan asas lain. Menurut Javed, dia berasa hiba setiap kali melihat ramai yang terpaksa bersusah payah membawa keluarga mereka yang dijangkiti COVID-19  tidak mampu menggunakan perkhidmatan ambulans.

“Seorang pesakit kritikal tidak boleh dibawa ke hospital tanpa bantuan oksigen. Jadi, saya tidak kisah mengubah beca saya menjadi ambulans tetapi mungkin ia tidaklah sebesar ambulans sebenar,  sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan nyawa orang,” – Mohammad Javed Khan

Katanya, ramai orang miskin tidak mampu membayar kos ambulans antara 5,000 hingga 10,000 rupee (kira-kira di antara RM279 dan RM558).

“Macam mana orang miskin mampu membayar kos itu apatah lagi ketika pandemik ini ramai orang terkesan kerana tiada pendapatan,”

Menurutnya, niat murninya itu turut dibantu seorang individu yang menyumbang tabung oksigen dan oksimeter. Selain itu, dia turut  mendapat tunjuk ajar daripada seorang doktor mengenai rawatan asas kecemasan.

“Ramai orang datang membantu dan meminta saya meneruskan misi ini sampai pandemik berakhir dan itu juga berkat bantuan ramai, saya dapat melakukan usaha ini,”

Sementara itu, India Today melaporkan, Javed pernah dituduh polis menjalankan operasi beca tanpa kebenaran ketika sekatan pergerakan di Madhya Pradesh.  Namun, selepas beberapa bantahan di media sosial, polis menarik dakwaan dan memberikan kebenaran khusus kepada Javed.

Oleh : Arif Ikhwan – Pelatih Fakulti, Filem, Teater, dan Animasi UiTM

Related Articles

Back to top button