PalestinSemasa

Serangan udara Israel bunuh sembilan orang di kem pelarian Nuseirat di Gaza

Sembilan rakyat Palestin telah dibunuh dan yang lain, termasuk kanak-kanak dan wanita, cedera dalam serangan udara Israel yang mensasarkan kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Pesawat perang Israel mengebom beberapa rumah di Nuseirat, mengakibatkan kemusnahan hampir keseluruhannya dan jumlah korban yang tinggi, kata saksi mata kepada Anadolu.

Sumber perubatan di Hospital al-Awda memberitahu Anadolu bahawa pasukan penyelamat berjaya menemui enam mayat, termasuk tiga wanita, dari runtuhan rumah yang dibom. Mereka menyatakan bahawa pasukan penyelamat masih berusaha untuk mencari beberapa individu yang hilang terperangkap di bawah serpihan.

Sementara itu, Raja Jordan Abdullah II telah menolak kemungkinan negaranya menjadi “tanah air alternatif” bagi rakyat Palestin, memberi amaran bahawa pemindahan paksa mereka oleh Israel akan menjadi “jenayah perang.”

“Idea Jordan sebagai tanah air alternatif (untuk rakyat Palestin)… tidak akan pernah berlaku,” katanya kepada Perhimpunan Agung PBB, sambil menambah bahawa Jordan “tidak akan pernah menerima pemindahan paksa rakyat Palestin, yang merupakan jenayah perang.”

SUMBER : TRT World

Related Articles

Back to top button