Covid19Semasa

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri

Hishamuddin dilantik Menteri Kanan Luar Negeri, mengetuai Kluster Keselamatan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang protfolio Menteri Pertahanan.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan, berkata pelantikan itu bertujuan membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Katanya, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail Sabri.

“Di samping itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Hishamuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti,” tambahnya.

Oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

Related Articles

Back to top button