Covid19KesihatanSemasa

Covid-19 : Berbeza dua semalam, 563 kes baharu, masih tinggi!

Kadar kebolehjangkitan naik 5,039 kes

PUTRAJAYA : Bilangan kes baharu COVID-19 di Malaysia ialah 563 kes hari ini, berlebihan dua kes dari semalam iaitu 561 kes baharu.

Bagaimanapunkan angka tiga digit masih kekal dan masih mencatat kes kedua tertinggi, sejak Mac lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 16,220 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan turut meningkat kepada 5,039 kes, dengan dua kematian dilaporkan.

Katanya daripada 563 kes positif, satu adalah kes import yang mendapat jangkitan dari Indonesia, melibatkan warga tempatan di Kuala Lumpur.

Sabah menurut beliau, masih kekal merekodkan kes positif harian tertinggi melibatkan 291 kes, namun kes positif meningkat di Pulau Pinang iaitu sebanyak 141 kes membabitkan Kluster Penjara Reman.

“Di Selangor terdapat 69 kes, diikuti Kuala Lumpur (27), Negeri Sembilan (12), Kedah (10), Perak (empat), masing-masing dua kes di Johor, Putrajaya dan Labuan serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Melaka,”

Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata demikian pada sidang media maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

Tambah beliau, sehingga kini, 98 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes penularan tempatan, beliau berkata daripada 562 kes yang dilaporkan, 498 kes melibatkan warga tempatan dan 64 kes bukan warganegara.

“Daripada 562 kes penularan dalam negara, 10 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept sebanyak 363 kes.”

Beliau turut memaklumkan sebanyak 109 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 11,022 kes iaitu 67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Mengenai pertambahan dua kes kematian hari ini, ia menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu sebanyak 159 kes melibatkan dua wanita di Sabah iaitu masing-masing seorang warga tempatan dan bukan warganegara.

“Kematian ke 158 melibatkan seorang wanita warga tempatan berumur 85 tahun, dengan latar belakang penyakit darah tinggi, jantung dan penyakit paru-paru kronik di Hospital Tawau, manakala kematian ke 159 melibatkan wanita bukan warganegara berumur 48 tahun di Hospital Tuaran,” katanya.

— BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button