Semasa

Ayah kahwin anak! Naif atau Jahil sangatkah si bapa?

Mak rela bercerai beri laluan supaya suami kahwini anak yang terlanjur sumbang mahram!

BANGI :     Parah! Jahil sangatkah si bapa?

“Mak mohon cerai dgn suami supaya anak boleh kahwin dengan ayah, ayah pun kahwin dengan anak sebab mahu `selamatkan’ anak, serta bayi dalam kandungan hasil hubungan intim ayah dan anak. ”

Berlegar-legar di dunia maya hari ini satu perkongsian yang sangat membimbangkan. Mungkin ia kes terpencil namun beberapa sudut perlu ada tindakan daripada pihak berkuasa terutama sindiket pernikahan asing ini yang entah masih berleluasa.

Dalam perkongsian media sosial hari ini, ramai yang menyatakan rasa marah terhadap kes sumbang mahram yang berlaku dalam negara. Kekesalan dibangkitkan dengan sikap dan tanggungjawab seorang bapa yang sepatutnya melindungi seorang anak.

Ada juga yang mengaitkan bahawa pernikahan seorang ayah dan anak kandungnya adalah haram di sisi Islam dan bagaimana perkara paling dasar itu tidak boleh difikirkan oleh seorang ketua keluarga, dan sanggup melakukan sumbang mahram.

“Dunia sudah nak kiamat’, “patutlah kita pula yang dapat bala”,  itu pula segelintir yang memberi respons pada isu yang sedang panas dinyatakan netizen buat ketika ini.

Semua itu adalah reaksi yang diterima daripada perkongsian yang UMMAHToday bawakan seperti di bawah ini.  Kes berkenaan seorang bapa yang mengadakan hubungan sulit dengan anak sendiri sehingga terlanjur. Difahamkan perkongsian dipetik dari Facebook – Wali Azri dan Associates ini mencetuskan kemarahan orang ramai, apabila isteri kepada lelaki berkenaan merelakan suaminya mengahwini anaknya sendiri dan melepaskan dirinya.

Bagi `menghalal’kan hubungan itu pernikahan dilakukan dengan sindiket warga asing, namun segala-galanya punah apabila anak yang lahir tidak dapat dibin atau dibintikan di bawah penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara.

TAKPA KAHWINLAH DENGAN AYAH NANTI BAYI DALAM KANDUNGAN DAPAT NASAB BAPA!

 

 

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

[Ali-Imran, 3:14]

Harta benda dan anak-pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

[Al-Khaf, 18:46]

Related Articles

Back to top button