Seluas sawah terbentang, sebesar amanah digalas untuk ummah
Misi Ummah bantu Ummah, MAPIM sasar 500 asnaf
SABAK BERNAM : Sejauh mata memandang, seluas sawah padi luas terbentang, begitu jugalah sebesar amanah penyumbang digalas.
Menyedari kepercayaan yang diamanahkan oleh penyumbang, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, melebarkan usaha meringankan bebanan masyarakat yang terkesan selepas penularan wabak Covid-19 terus dipertingkat.
Misi Ummah Bantu Ummah kali ini disasarkan di Sekinchan, Sabak Bernam, dan Sungai Besar, Selangor.
Perjalanan selama tiga jam tidak terasa apabila melihat keindahan sawah padi menyambut rombongan aktivis yang menggalas tanggungjawab menyampaikan infaq kepada 500 orang golongan sasaran.
Seiring keluasan sawah padi pastinya golongan sasaran ini mempunyai pelbagai kisah dan cerita mereka untuk dibantu.
Selesai taklimat dan bacaan doa semoga kerja ummah dipermudah serta selamat dalam perjalanan, pelepasan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery.
Bertolak dari MAPIM Ummah Central Warehouse di Sepang, MAPIM mendapat kerjasama erat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu dari sudut kenderaan dan tenaga daripada agensi berkenaan melibatkan enam orang anggota.
Pengarah Domestik MAPIM, Tuan Haji Faris Hussain berkata kerja-kerja peduli Ummah ini diharap dapat meringankan beban mereka khususnya penduduk sekitar yang terdiri daripada pesawah, nelayan dan petani.
Dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, kerjasama yang telah terjalin selama lebih tiga tahun dengan Angkatan Pertahanan Awam,(APM) mempermudah misi ummah MAPIM yang bergerak dalam konvoi yang besar serta sekatan jalan raya, SJR, yang terpaksa ditempuhi.
13 kenderaan terbabit dalam konvoi misi ummah MAPIM iaitu, sebuah bas double-decker, empat buah lori, sebuah lori MAN 7 ton APM, kenderaan marshal APM, sebuah van ambulans MAPIM dan beberapa buah kenderaan sokongan 4×4 sukarelawan.
Dalam perjalanan, petugas barian hadapan yang bertugas memastikan SOP PKP dipatuhi tidak dilupakan.
MAPIM turut mengagihkan beberapa pek makanan siap dimasak kepada mereka, sekadar berkongsi rezeki untuk mereka mengalas perut.
Selain pengagihan kotak bantuan makanan, yang diselaraskan daripada maklumat diterima daripada ketua-ketua kampung di kawasan Sekincan dan Sabak Bernam, MAPIM juga bersedia dengan bantuan susulan mengikut keperluan asnaf yang dilawati.
Menyedari kekangan mendapatkan rawatan di kawasan perkampungan atau untuk keluar rumah MAPIM turut melaksanakan inisiatif khidmat pemeriksaan kesihatan bersama beberapa tenaga pengamal perubatan yang dibawakan khas dari Kajang.
Tiada sebarang caj dikenakan demi memberi khidmat yang terbaik untuk asnaf dan juga penduduk luar bandar sekitar.
Misi Ummah bantu Ummah ini juga menyelitkan slot pembersihan beberapa surau dan masjid di sekitara lokasi sasaran.
MAPIM memandang serius akan situasi yang mencengkam hidup golongan mereka yang kurang berkemampuan lebih-lebih lagi dengan kekangan ekonomi dalam tempoh terdekat ini.
Justeru MAPIM menyeru orang ramai untuk sama-sama prihatin berkongsi rezeki untuk meringankan beban hidup masyarakat sekeliling.
*MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.
Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
atau
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066