Banjir

Lima keluarga Punjabi sebak dan terharu

Bantuan oleh MAPIM Malaysia dengan sumbangan Merhaba Store & Wholesale

Kuala Lumpur : Pada kali pertama bertemu dengan lima keluarga Punjabi ini, tidak ada sesiapa akan menyangka cerita sedih yang mereka sembunyikan. Mereka masih nampak ceria dan tersenyum saat bertemu dengan Aunty Irma, ibu tunggal berhati waja yang menyelaraskan bantuan kemanusiaan ini.

Aunty Irma dan penerima bantuan

Namun, Aunty Irma adalah ‘orang lama’. Dia sangat teliti orangnya dan Aunty Irma tahu bahawa setiap mereka menyimpan cerita duka. Dua buah keluarga berasal dari Flat Sri Terengganu Sentul, dua dari rumah kedai di Brickfields dan sebuah keluarga dari, Villa angkasa Sentul.

Hakikatnya, keluarga-keluarga ini hilang punca pendapatan akibat pandemik covid. Mereka masih berusaha keras mencari kerja. Namun sebelum mendapat kerja, anak-anak tetap perlu diberi makan, perut mereka sendiri tetap perlu diisi.

Aunty Irma segera menghubungi MAPIM Malaysia, dan Mejar Zulhanis telah mengaturkan satu bantuan segera untuk kelima-lima buah keluarga ini. Merhaba Store & Wholesale telah berbesar hati menyumbangkan makanan kering vegetarian untuk semua keluarga.

Pasaraya Merhaba di Bandar Bukit Mahkota, Bangi.

Menurut Aunty Irma, “Saat mereka menerima bantuan, ada yang menangis kerana tidak menyangka bahawa MAPIM sanggup membantu walaupun berlainan bangsa dan agama.”

Mejar Zulhanis, Setiausaha Agung MAPIM

Mejar Zulhanis pula berkata, “Ramai yang salah sangka dengan MAPIM Malaysia. Walaupun nama kita ada perkataan ‘Islam’, bukan bermaksud kita membantu orang Islam sahaja. Kita adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, yang membantu semua orang tidak mengira bangsa dan agama, kerana itulah yang Islam suruh. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang membantu manusia lain.”

Mejar Zulhanis juga berharap akan ada lebih banyak sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia untuk supaya MAPIM akan dapat membantu lebih ramai lagi yang memerlukan.

#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:

www.BantuUmmah.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button