Laluan penerbangan di antara Damsyik, Syria dan bandar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dubai dan Sharjah akan diadakan kembali bermula 20 Jun depan.
Menteri Pengangkutan Syria semalam dalam satu kenyataan rasminya berkata, syarikat penerbangan nasional, Syrian Air, akan beroperasi dengan tiga penerbangan ke Sharjah dan empat ke Dubai setiap minggu.
Pada Disember 2018 UAE, membuka semula kedutaannya di Damsyik, selepas penutupan tujuh tahun sejak pemberontakan 2011 di Syria.
Media Arab baru-baru ini memetik sumber rasmi bahawa UAE membiayai campur tangan Rusia di Syria, yang membantu sokongan Presiden Bashar Al-Assad untuk terus berkuasa.
Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
*****Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG
ATAU
2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987