SemasaSukan

UEFA beri amaran pemain alihkan botol minuman boleh dikenakan tindakan

Tindakan disiplin kepada pasukan bertanding

NYON, SWITZERLAND : Isu pemain bola dalam Kejohanan Euro 2020 mengalihkan minuman yang disediakan pihak penaja di meja sidang media boleh dikenakan tindakan.

Isnin lalu, kecoh di media sosial Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol air jenama Coca-cola selepas mencatatkan perlawanan 3-0 antara Hungary dan Portugal.

Beliau yang menjaringkan dua gol ketika perlawanan turut menyarankan penonton untuk minum ‘air kosong’. Sekaligus, Jurucakap Coca-cola melaporkan syarikat air gas itu mengalami kerugian sebanyak AS$4 bilion (RM16.4 bilion) dan hargam saham jatuh daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen).

Manakala, keesokan hari, pemain tengah Perancis, Paul Pogba mengalihkan sebotol minuman alkohol yang juga penaja prop sidang media selepas perlawanan bersama Jerman.

Paul Pogba mengalihkan air minuman keras dihadapannya

Pogba bertindak sedemikian bagi menghormati agama Islam yang dianutinya.

Terbaru, pemain tengah Itali, Manual Locatelli pula mengetepikan air bergas jenama Coca-cola sebelum sidang media Euro 2020 berlangsung.

Manual Locatelli ketepikan botol Coca-cola sebelum sidang media

Penganjur Kejohanan Euro 2020, berkata, UEFA  tegas mengingatkan para pemain dalam kejohanan bahawa penaja tidak boleh dipisahkan daripada pertandingan, demi perkembangan bola sepak di seluruh Eropah, termasuk belia dan wanita.”

Menurut Pengarah Kejohanan Euro 2020, Martin Kallen, pemain setiap pasukan diwajibkan secara kontrak mengikuti peraturan pihak gabungan kejohanan.

“Setiap pasukan sudah diingatkan mengenai peraturan kontrak mereka dalam kejohanan ini dan mungkin boleh dikenakan tindakan disiplin,” – Martin Kallen/  Pengarah Kejohanan Euro 2020

Bagaimanapun, dia memahami tindakan pemain Muslim seperti Pogba yang melakukannya atas sebab fahaman agama.

UEFA sedia mengambil tindakan disiplin tetapi denda tidak akan dikenakan terus ke atas pemain sebaliknya pasukan kebangsaan yang mengambil bahagian pada kejohanan ini. – AGENSI

Oleh Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom/ Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran)

Related Articles

Back to top button