EkonomiSemasa

Selamat tinggal kad ATM! Kini keluar duit hanya dengan tunjuk muka

Mesin imbas wajah dipelopori oleh bank OCBC

SINGAPURA 20 Mac: Terlupa bawa kad untuk keluarkan duit di mesin keluar wang?

Tidak mengapa tidak lama lagi, pengguna ATM hanya perlu mengimbas wajah mereka di mesin.

Menurut straittimes singapore, khidmat mengimbas muka untuk pengeluaran wang itu dipelopori oleh bank OCBC di Singapura.

Bermula 18 Mac Jumaat OCBC menawarkan khidmat pengecaman wajah kepada pelangganya yang ingin berurus niaga menggunakan mesin-mesin ATM bank berkenaan.

Khidmat biometrik itu akan dimulakan dengan pertanyaan mengenai baki simpanan dalam bank di lapan mesin ATM terpilih mulai Jumaat lalu.

Mesin-mesin ATM bank berkenaan yang menawarkan khidmat pengimbas wajah adalah sebanyak lapan di seluruh Singapura antaranya di OCBC Tampines Centre Two dan Taman Jurong Shopping Centre.

 OCBC Tampines Centre Two

Taman Jurong Shopping Centre.

Great Eastern, Pickering Street

OCBC Tampines Centre One

Hab HDB Tingkat 1

103 Yishun Ring Road

OCBC Campus

Geylang Road 7-Eleven

Sehingga kini , OCBC yang mempunyai 500 mesin ATM di Singapura akan menyediakan perkhidmatan berkenaan secara berperingkat-peringkat mulai Jun depan.

Dalam dekad di mana teknologi Kecerdikan Buatan, AI, mendominasi keseluruhan aktiviti manusia, teknologi pengemacan wajah telah banyak digunakan oleh organisasi Ford dan Intel yang memperkenalkan pemilik kereta mengakses wajah mereka pada mesin pengimbas.

Teknologi pengecaman wajah telah terbukti memberi faedah yang luas kepada semua sektor ekonomi, termasuk  bagi sektor perbankan. Pun begitu, teknologi sebegini mempunyai risikonya yang tersendiri apatah lagi industri perbankan yang berkait dengan wang simpanan orang ramai. Faktor keselamatan teknologi ini pada sektor berkenaan haruslah dipertingat bagi mengelakkan risiko pemalsuan maklumat pelanggan.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button