DuniaSemasa

Serangan Israel lemahkan sosioekonomi Gaza

GAZA : Serangan Israel yang berterusan pada Mei lalu telah melemahkan keadaan sosioekonomi Gaza di Semenanjung Gaza, demikian menurut laporan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Bank Dunia.

Laporan Penilaian Keperluan dan Kerosakan dan Keperluan Gaza (RDNA) yang dikeluarkan  pada Selasa menjangkan bahawa kerosakan akibat serangan selama 11 hari itu adalah antara AS$290 juta dan $380 juta.

Katanya, projek pemulihan untuk dilakukan dianggarkan adalah antara $345 juta dan $485 juta.

“Berikutan serangan itu, 62 peratus populasi Gaza menghadapi masalah kekurangan makanan,” kata laporan itu sambil menambah bahawa kadar pengangguran sudah mencecah 48 peratus dan kadar kemiskinan melepasi 50 peratus.

Serangan itu telah mengorbankan 260 rakyat Palestin termasuk 66 kanak-kanak selain menyebabkan kerosakan pada infrastruktur dan kawasan kejiranan.

Di Israel pula, hanya 13 terbunuh termasuk dua kanak-kanak.

Semenanjung Gaza merupakan antara kawasan paling padat dengan dua juta rakyat Palestin – separuh daripada jumlah itu berusia 18 tahun ke bawah – yang menetap di kawasan berkeluasan 365 kilometer persegi.

Ia disekat oleh pihak Mesir dan Israel selama 14 tahun, menyebabkan keadaan di situ agak mengerikan dengan laporan PBB menyifatkan kawasan itu tidak sesuai untuk didiami pada 2020.

Sekurang-kurangnya 800,000 orang tidak mempunyai akses bekalan air bersih dan bekalan elektrik akan terputus beberapa jam sehari.

Tambahan pula, penularan pandemik coronavirus turut memburukkan lagi sistem penjagaan kesihatan selain berhadapan dengan kekurangan peralatan perubatan dan ubat-ubatan.

Laporan RDNA mendapati, kebanyakkan kerosakan di Gaza oleh pengeboman Israel pada Mei menjejaskan sektor sosial seperti perumahan, kesihatan, pendidkan dan perlindungan sosial dan pekerjaan dengen anggaran nilai $180 juta.

“Sektor rumah sahaja menyumbang 93 peratus daripada keseluruhan kerosakan sektor sosial,” kata laporan itu.

Laporan itu menyarankan supaya komuniti antarabangsa meningkatkan sokongan seperti program bantuan kewangan untuk rakyat Palestin di Gaza, memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan dengan selamat dan memindahkan kes perubatan kritikal dan pesakit ke luar Gaza.

“Untuk jangka pendek, pemulihan sosioekonomi di Gaza akan ditentukan oleh dua faktor iaitu tahap kemampuan kewangan, termasuk penderma untuk aktiviti pembangunan semula dan tahap sekatan pergerakan dan akses untuk measukan ke Gaza,” katanya.

Mengulas lanjut, laporan itu turut menggesa Israel supaya membenarkan akses kepada keperluan asas untuk pembangunan semula seperti simen, kimia dan pai,

– Al Jazeera

Diterjemah oleh Azzman Jamal

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button