DomestikSemasa

700 keluarga di Pulau Redang dan Perhentian terima bantuan MAPIM Malaysia

Nilai bantuan dianggarkan bernilai RM250,000, diagihkan dengan kerjasama APM

PUTRAJAYA : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) menghantar bantuan bekalan makanan dan keperluan asas kepada 700 keluarga dan individu yang terjejas di Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al-Kahery, berkata bantuan yang dianggarkan bernilai RM250,000 itu merangkumi 1,000 kotak makanan, 500 set lampin dan 500 set susu bayi.

Katanya, misi kemanusiaan itu dijalankan bermula Selasa lalu hingga 14 Julai depan.

“Matlamat program ini adalah menyantuni golongan asnaf dan mereka yang terkesan terutama dalam sektor pelancongan kawasan tersebut.

“Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada orang ramai dan korporat dan ia digerakkan menerusi kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya pada majlis pelancaran Flag-off Misi Bantuan Ihsan: Panggilan Pulau Ke Pulau Redang dan Pulau perhentian.

Majlis itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan turut dihadiri pelakon dan pelawak, Zizan Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al-Kahery (kiri) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Zizan Razak pada majlis pelancaran Misi Bantuan Ihsan Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Putrajaya, hari ini.
Bantuan bernilai RM250,000 dihantar kepada 700 keluarga dengan bantuan APM.

Mengulas lanjut, Dr Sani berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu, MAPIM Malaysia telah mengulurkan bantuan kepada 250,118 keluarga.

“Bantuan ini termasuk pengagihan bantuan kotak makanan, khidmat van ambullans percuma, khidmat kaunseling dan pemulihan tekanan, bantuan menyelesaikan sewa rumah tertunggak kepada kumpulan terdesakl, bantuan pek makanan panas, pembinaan 15 rumah asnaf, kerusi roda serta katil untuk kegunaan perubatan dan khidmat klinik mudah alih bas dua tingkat.

‘Semua bantuan ini digerakkan menerusi sumbangan orang ramai kepada MAPIM Malaysia atas kepercayaan kerja peduli Ummah yang dilakukan dalam negara,” tambah beliau.

Sementara itu, Zizan menerusi hantaran Facebook miliknya, menyeru orang ramai supaya tampil bersama menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan ketika berdepan situasi mencabar ini.

“Cabaran kami bermula hari ini. Tugas MAPIM Malaysia dan Zizan bukan sekadar meringankan (beban) mereka yang memerlukan tetapi juga dengan harapan senyuman dari mereka.

“Zizan menyeru pada rakyat Malaysia untuk hulurkan sumbangan bersama doa supaya segalanya berjalan lancar,” kata beliau.

“Bantuan oleh MAPIM sejak PKP tahun lalu termasuk pengagihan bantuan kotak makanan, khidmat van ambulans percuma, khidmat kaunseling dan pemulihan tekanan, bantuan menyelesaikan sewa rumah tertunggak kepada kumpulan terdesakl, bantuan pek makanan panas, pembinaan 15 rumah asnaf, kerusi roda serta katil untuk kegunaan perubatan dan khidmat klinik mudah alih bas dua tingkat – Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al-Kahery.

Oleh Azzman Jamal

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button