DuniaPalestinSemasa

Remaja Palestin 16 tahun meninggal dunia dibunuh tentera Israel

Mohammad Abdallah Hamed maut akibat kecederaan parah beberapa jam selepas ditembak tentera Israel

TEBING BARAT : Remaja Palestin, Mohammad Abdallah Hamed, 16, meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah selepas ditembak oleh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut laporan Middle East Eye, remaja itu sedang dalam perjalanan menuju ke penempatan jiran Ofra sebelum dia ditembak oleh tentera Israel, kata seorang ahli majlis Silwad kepada AFP.

Jurucakap tentera Israel melemparkan tuduhan bahawa puluhan rakyat Palestin berkumpul berhampiran Silwad dan “sebilangan dari mereka membaling batu” ke arah kereta yang lalu dan “membahayakan orang awam”.

“Tentera di tempat kejadian bertindak untuk menghentikan suspek mengikut prosedur operasi standard, menggunakan tembakan secara langsung sebagai pilihan terakhir,” katanya kepada AFP.

Seorang warga Palestin telah dipukul, tambahnya, tanpa memberikan butiran lanjut.

Untuk rekod, hampir 70 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel, kebanyakannya dalam serbuan, di Tebing Barat tahun ini.

Wartawan Shireen Abu Akleh, wartawan TV terkemuka Al Jazeera, ditembak mati oleh tentera Israel bulan lalu di Jenin ketika membuat liputan mengenai salah satu serbuan rejim Israel.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button