Covid19Semasa

Malaysia akan menerima tambahan vaksin dari Pfizer

Bekalan vaksin ditambah

PUTRAJAYA : Susulan pertambahan vaksin jenis Pfizer yang tiba di Malaysia, mereka yang belum menerima suntikan vaksin, selepas ini hanya akan menerima suntikan vaksin jenis Pfizer.

Vaksin Pfizer sebanyak 44.4 juta dos yang ditempah akan diagihkan kepada 22.2juta penduduk, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.

Beliau menambah  tidak menolak kemungkinan pemberian suntikan Pfizer di sesetengah negeri berbanding jenis lain termasuk Sinovac.

“Bekalan vaksin utama kita sekarang ialah Pfizer, jadi kita akan pertingkatkan vaksin jenis ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara,” katanya pada sidang media, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin mengatakan pengagihan vaksin Sinovac di negeri berkenaan akan ditamatkan mulai akhir Julai ini dan diganti dengan Pfizer di semua PPV di Kelantan.

Bekalan simpanan bagi vaksin jenis Sinovac untuk suntikan kedua di seluruh negara adalah mencukupi dan akan diteruskan, tambah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Bekalan bagi jenis Sinovac yang ditempah ialah 16 juta dos, akan diteruskan dan separuh daripadanya adalah untuk menampung bekalan suntikan dos kedua.

“Sebenarnya bukan saja Kelantan, tetapi negeri-negeri lain akan mula bertukar kepada pemberian vaksin COVID-19 jenis Pfizer,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) akan bersidang hari ini untuk memberikan kebenaran penggunaan bersyarat terhadap vaksin jenis Sinopharm menurut Dr Noor Hisham.

Beliau berkata, kelulusan vaksin keenam dalam portfolio Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu diberikan selepas Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) meneliti ‘dosier’ daripada syarikat farmaseutikal dari China berkenaan.

“Vaksin Sinopharm sudah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tetapi syarikat farmaseutikal itu baru hantar dosier kepada NPRA.

“Dalam tempoh kurang sebulan, kita sudah nilai ‘dosier’ Sinopharm dan akan beri kelulusan bersyarat esok,” katanya.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button