Covid19Semasa

Sambut Aidilfitri ikut SOP

Solat sunat Aidilfitri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD

PUTRAJAYA : Solat sunat Aidilfitri tahun ini dibenarkan di seluruh negara kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan prosedur operasi standard (SOP) itu terletak di bawah keputusan pihak berkuasa agama negeri akan memaklumkan kepada setiap masjid dan surau di negeri masing-masing.

“Amalan ziarah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula hanya dibenarkan pada 1 Syawal, manakala kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan sehingga 3 Syawal. Namun bagi kawasan PKPD tidak dibenarkan untuk amalan ziarah sehingga tamat tempoh,” – Menteri Kanan Keselamatan / Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Tambah beliau, jumlah pengunjung bagi aktiviti ziarah tidak boleh melebihi 15 orang untuk kawasan PKP, manakala tidak melebihi 20 orang bagi kawasan PKPB dan 25 orang bagi kawasan PKPP pada satu-satu masa

Jumlah tetamu yang dibenarkan adalah tertakluk kepada saiz kediaman. Bagaimanapun, penganjuran rumah terbuka di seluruh negara dan takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan.

Turut dilarang adalah amalan menziarahi kubur di kawasan PKP dan PKPD. Namun, kunjungan selama 30 minit bagi individu tidak melebihi enam orang bagi setiap lot kubur dibenarkan kawasan PKPB dan PKPP.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button