DomestikSemasa

Program ‘SEMBANG ISO’ Memperkukuh Pemahaman Agama dan Kebahagian di Kalangan Komuniti Orang Asli Sg. Judah, Pulau Carey

Kuala Langat – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) adalah antara NGO yang dijemput bagi memeriah dan memberi nilai tambah kepada Program ‘SEMBANG ISO’ di komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey.

Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), telah digerakkan oleh JAKIM bersama Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) Kluster Amar Maaruf Nahi Mungkar, MAIS.

Y.Bhg. Dr. Yusaini Bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS,

Y.Bhg. Dr. Yusaini Bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, telah merasmikan program ini  yang bertujuan memberi pendedahan tentang Islam sebagai agama harmoni, menyebarkan pemahaman undang-undang syariah dalam menjaga kerukunan masyarakat, serta mewujudkan kerjasama dengan PIBK dan agensi berkaitan untuk menangani isu-isu jenayah syariah.

Program ini mendapat sokongan Bahagian Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM dan NGO-NGO. 

MAPIM Malaysia yang diwakili oleh Ustaz Fakhrudin Bin Hj Zainol dari unit dakwah dan kesukarelawanan, turut memberi sumbangan dengan menyampaikan 100 pek makanan kepada penduduk kampung.

Ustaz Firdaus Subhi, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, menekankan pentingnya menjauhi perbuatan merosakkan seperti arak, judi, dan dadah, sambil menggariskan bahawa solat adalah sumber kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.

Program ini telah menarik lebih daripada 300 peserta komuniti setempat yang diisi dengan sesi ceramah, taklimat, aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak, pertandingan Sepak Raga Bulatan, pameran agensi berkaitan, dan pemberian sumbangan makanan kepada 150 keluarga Orang Asli. 

Inspektor Jamil Hakim Bin Abdul Karim dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Kuala Langat turut memberikan taklimat keselamatan jenayah bagi memastikan keselamatan setempat.

Tok Batin Daiman Anak Peron dari Kampung Sg. Judah mengesahkan kesan positif program ini terhadap komuniti Orang Asli, dan berharap program seumpama ini akan diteruskan untuk mengeratkan ukhwah.

 

Related Articles

Back to top button