BanjirSemasa

Banjir Kilat di Batu Pahat, 204 mangsa ditempatkan di PPS

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

BATU PAHAT: Sehingga jam 8 pagi Khamis, 204 orang mangsa banjir kilat di beberapa kawasan Batu Pahat ditempatkan di pusat pemindahan sementera (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading.

Berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat, 204 orang mangsa itu terdiri daripada 57 buah keluarga terlibat dalam bencana tersebut.

JPBD melaporkan PPS yang mula dibuka 1 tengah hari semalam melibatkan mangsa dari kawasan Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Taman Sri Panchor, Pekan Sri Gading dan Kampung Sri Tanjung.

Pada Rabu, hujan lebat turun tanpa henti di daerah itu yang bermula 1:30 pagi sehingga jam 5:30 pagi dan bertembung pula dengan fenomena air pasang, ini mengakibatkan kawasan terlibat dinaiki air.

Selain itu, beberapa kemudahan awam di kawasan tersebut turut terjejas antaranya Klinik Kesihatan Sri Gading dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gading.

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button