Covid19Semasa

COVID-19 : 14,516 kes baharu

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam iaitu sebanyak 14,516 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 1,027,954 kes.

Katanya, empat negeri melaporkan pertambahan kes empat angka iaitu Selangor dengan 6,508 kes, diikuti Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425) dan Kedah (1,160).

“Selain itu, negeri lain mencatatkan pertambahan kes ialah Sabah dengan 720 kes baharu, Perak (590), Negeri Sembilan (452), Pulau Pinang (402), Pahang (386), Melaka (373), Sarawak (356), Kelantan (346) dan Terengganu (245).

“Putrajaya pula mencatatkan 94 kes baharu, Labuan (lapan) dan Perlis (dua),” katanya dalam Facebook hari ini.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button