DuniaKemanusiaanPalestin

“Benar, kami amalkan Apartheid”: Duta Isr4el

Ubah geografi, demografi Tebing Barat melalui pemukiman

Dalam sebuah artikel yang ditulis di GroundUp, dua Duta Besar Israel, Ilan Baruch dan Alon Liel memberitahu, negara penjajah Israel berusaha mengubah geografi dan demografi Tebing Barat melalui pembangunan pemukiman, yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Mereka mendakwa, rejim Zionis memiliki projek ke hadapan untuk menghubungkan pemukiman secara tidak sah melalui pembangunan infrastruktur, jaringan lebuh raya dan projek pembangunan air serta elektrik yang mengubah pemukiman menjadi pinggir bandar.

 

“Ia terjadi bersama rampasan dan pengambilalihan sejumlah besar tanah Palestin, termasuk pengusiran rumah dan aktiviti perobohan. Bermakna, pemukiman dibangunkan dan diperluas dengan mengorbankan penduduk Palestin, yang dipaksa berpindah ke kawasan tanah lebih kecil,” -Duta Besar Israel ke Afrika Selatan / Ilan Baruch

Baruch berkhidmat sebagai Duta Besar Israel ke Afrika Selatan, Namibia, Botswana dan Zimbabwe, sementara Liel berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Kementerian Luar Negeri Israel.

Baruch dan Liel mendakwa, sepanjang kerjaya di perkhidmatan asing, mereka belajar secara langsung mengenai realiti aparteid.

Malah, pengalaman yang diperoleh di Afrika Selatan membantu kami memahami realiti di tempat kami sendiri, kata mereka. – Agensi

*******Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button