DuniaSemasa

SOP ibadah haji, umrah akan diperincikan

Termasuk sebelum bertolak, semasa di Tanah Suci & selepas ibadah

MAKKAH: prosedur operasi standard (SOP) berkenaan ibadah di tanah suci akan dipericikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) khususnya dalam menggariskan peranan syarikat pengelola jemaah haji dan pengendali umrah.

Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr Noor Zari berkata SOP itu akan mengikut ketetapan semasa kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Beliau juga berkata, MOTAC selaku kementerian yang mengawal selia pengendalian pakej umrah atau ziarah, berperanan dalam melihat aspek kedua-dua negara dan hal kebajikan jemaah Malaysia ketika mengerjakan umrah apabila pihak kerajaan bersedia membenarkan semula melakukan ibadah itu.

Beliau berkata demikian selepas menyertai delegasi Malaysia ke Arab Saudi bagi lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berakhir Ahad lalu.

      MOTAC, BNM bakal umum skim pembiayaan pelancongan RM1 bilion

“Para delegasi berpeluang mengikut pelbagai protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dalam melaksanakan ibadah sama ada di Masjidilharam atau Masjid Nabawi.  Disamping itu, para peserta delegasi juga berpeluang bagi meneliti dokumen dan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi berkaitan dengan kebenaran mengerjakan ibadah haji yang lalu dan umrah yang terkini,” katanya.

Datuk Dr. Noor Zari berkata, MOTAC dan delegasi terbabit turut mengadakan perbincangan bagi menyediakan draf kerangka SOP untuk dipertimbangkan kerajaan Malaysia sebagai persediaan sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan ibadah itu berlangsung apabila sempadan antara kedua-dua negara itu kembali dibuka.

Perbincangan yang dibuat meliputi beberapa perkara penting seperti proses dan keperluan melibatkan peranan pelbagai pihak yang berkaitan dalam pelaksanaan SOP yang perlu dipatuhi pada tiga jangka waktu termasuk sebelum berangkat, semasa mengerjakan ibadah di Tanah Suci dan setelah kembali ke Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan dasar-dasar baharu dan menguatkuasakan SOP yang ketat sejak membenarkan semula aktiviti umrah kepada umat Islam selain warganegara Arab Saudi pada 1 Nov 2020 lalu.

“Pindaan dari semasa ke semasa turut dibuat kepada SOP itu selaras dengan langkah pencegahan COVID-19 di negara itu dan MOTAC mengikut rapat sebarang perkembangan baharu berhubung perkara tersebut,” katanya.  – BERNAMA

Oleh Arif Ikhwan – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Related Articles

Back to top button