Covid19Semasa

Patuhi SOP Bazar Ramadan : Muhyiddin

Putuskan rantaian COVID-19

KUALA LUMPUR : Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pengunjung supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di bazar Ramadan.

Perdana Menteri berkata, penularan COVID-19 masih belum pulih dan rakyat perlu memastikan menjaga keselamatan diri serta orang lain.

“Saya berharap pengunjung dapat mematuhi SOP, bukan hanya di bazar Ramadan di Putrajaya malah di bazar lain di seluruh negara” – Tan Sri Muhyiddin Yassin / Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin berkata demikian pada status terkini di laman rasmi Facebook beliau.

“Keadaan COVID-19 ini belum reda dan kita perlulah berhati-hati untuk menjaga keselematan diri dan juga orang di sekeliling” – Tan Sri Muhyiddin Yassin / Perdana Menteri

Dalam status yang sama, Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau meluangkan masa membeli juadah berbuka di bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya selepas selesai waktu bertugas.

Beliau sempat berbual-bual dengan peniaga dan pengunjung selain meninjau tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan, ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya dapati pihak penganjur ada mengambil langkah-langkah perlu. Antaranya memisahkan laluan masuk dan keluar pengunjung, jumlah gerai dikurangkan bagi mewujudkan jarak bersesuaian serta menempatkan petugas bagi mengingatkan pengunjung mengenai pematuhan jarak fizikal.”

“Amalkanlah penjarakan fizikal dan cuci tangan menggunakan ‘sanitizer’ sebelum dan selepas berada di tempat yang dikunjungi ramai orang,” – Tan Sri Muhyiddin Yassin / Perdana Menteri

Beliau turut mendoakan rezeki peniaga dilipat-gandakan sepanjang Ramadan dan dijauhkan daripada jangkitan COVID-19.

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi – Muhammad Nasrul Haqim

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button