DuniaSemasa

Perubahan iklim faktor utama Mont Blanc semakin rendah

PARIS : Perubahan iklim yang terjadi di seluruh dunia menjadi faktor terbesar Gunung Mont Blanc semakin rendah.

Berdasarkan laporan berita The Guardian, gunung tersebut terletak di antara sempadan Perancis dan Itali.

Menurut pakar Geografi Perancis, ketinggian gunung itu semakin merosot iaitu dengan ketinggian mencecah 4,807.80 meter (m) pada pertengahan September lalu.

“Sekarang semuanya terserah kepada ahli klimatologi, ahli glasiologi dan saintis lain untuk menilai semua data yang dikumpulkan dan mengemukakan  teori yang sepatutnya untuk menjelaskan fenomena ini,” kata pakar pada sidang media di bandar Saint-Gervais-les-Bains, di kaki lima Mont Blanc.

Berbanding ketinggian Mont Blanc pada empat tahun lalu iaitu 4,808.71 m.

Secara purata, perbezaan ketinggian Mont Blanc merekodkan sebanyak 13 sentimeter pada setiap tahun sejak 2001.

Sementara itu, ketinggian Mont Blanc ini dikukur setiap dua tahun sekali bagi tujuan kajian.

Justeru, penemuan ini dijalankan ekoran masalah glasier yang kerap mencair mengundang kerisauan seluruh dunia disebabkan perubahan iklim yang ketara.

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

 

 

Related Articles

Back to top button